Pemollow

THYB on Facebook

Sunday, February 20, 2011

Adam dan Iblis


Assalamualaikum. Hye.

Kedua-dua Adam dan Iblis merupakan makhluk Allah yang berdarjat tinggi.
Kedua-duanya penghuni syurga.
Kedua-duanya dicipta penuh kemuliaan.
Iblis dicipta dari api.
Adam dicipta dari tanah.
Itulah perbezaan pertama.
Iblis disuruh sujud kepada Adam sedangkan Adam tidak disuruh sujud kepada Iblis.
Tetapi hari ini ramai saja manusia yang menjadi hamba Iblis

Adam berdosa Iblis pun berdosa
Kedua-duanya dikeluarkan dari syurga.
Kedua-duanya hilang kemuliaan.
Kedua-duanya dimurkai Allah.

Banyaknya persamaan Adam dan Iblis
Tetapi berakhir dengan akibat berbeza.
Adam terampun.
Iblis terlaknat, sampai kiamat sampai akhirat.
Semuanya disebabkan Taubat

Adam bertaubat Iblis tidak.
Adam memohon ampun Iblis terus-menerus sombong.
Adam bersungguh-sungguh Iblis angkuh.

Iblis mencabar tuhannya.
Sudah berdosa dan dimurka.
Menambah lagi dosa yang ada.
Tetapi bagus dalam satu perkara.
Iblis tetap meminta kepada tuhannya
Panjang umur lanjut usia
Sedang anak Adam ada yang memuja
Iblis juga menjadi dewa.

Malulah kepada Iblis itu wahai manusia.
Sekalipun derhaka tetap diakui Allah itu tuhannya
Tetap Allah menjadi tempat meminta.
Sedang Firaun yang mengaku dirinya tuhan
Ialah dari kalangan manusia
Iblis pun tidak pernah mengaku dirinya tuhan
Kecuali manusia yang menjadikan Iblis itu sembahan

Adam menjadi contoh terbaik
Bila berdosa bertaubatlah
Mohon ampun dan berharaplah
Kepada tuhan yang sentiasa memberi rahmat keampunan

Adam
Terpisah pakaian dari badan
Terpisah dari Siti Hawa
Dikeluarkan dari syurga
Taubat hanya diterima di Baitullah

Betapa manusia hari ini seringkali membaca kisah Adam dan Iblis
Tetapi tetap mengulang benda-benda yang sama




p/s :: rajen2lah bertaubat.
Thanks for reading. Bye ;)

5 comments:

suffiakmal said...

solihinn. nak nangis.pandai buat ayat. huuuu

-hazen said...

likeeeee

tengkorakemas said...

Firaun pun menyesal bila saat nak mati, tapi tak diterima, sekarang ramai yg nak last minute mcm firaun kot..

yui92 said...

suffi :: really? no lah =p

yui92 said...

hazen :: tenxs =p

tengkorak emas :: yup... huhu sbb tu kena rajen bertaubat gitu