Pemollow

THYB on Facebook

Sunday, July 18, 2010

kalau nak... bayarlah~


Assalamualaikum. Hye.

bayaran... nak masuk tandas awam pun kena bayar dua puluh sen.....

kalau tandas ada muka camni anda sanggup bayar x?

dunia hari ini memang mahal... no money no talk gitu.... tapi adakah ada duit itu (atau kekayaan lah) akan menjamin kebahagiaan? jawapan aku ialah yak (antara ya dan tidak) tapi lebih menjurus kepada ya.... walaupun kadang2 bayaran tidak semestinya dibuat menggunakan wang ringgit malaysia atau rupiah... ia tetap dibuat menggunakan kaedah lain... yang penting semua kena bayar... kalau xbayar guna duit... so--->

bayar dengan tulang retak/patah/hancur terus
bayar dengan darah
bayar dengan nyawa sendiri
bayar dengan nyawa orang lain

oh oh... ya itu kalau anda nak bayar hutang kepada along yang otai2 lah... setakat pinjam kat kawan2 yang bukan setakat sebulu malah boleh dibuat kaunselor persendirian tak berbayar... mungkin anda perlu puji2 sikit ja dan semua bayaran dikira setel...
http://jensonlim.files.wordpress.com/2009/09/ist2_7036422-free-price-tag.jpg

sekarang ini...perkara di atas hampir pupus


kebahagiaan pun ada harganya... kalau anda xmahu bayar harga yang setimpal... maka lebih baik anda tidak mendapat kebahagiaan itu... walau apa pun yang terjadi... setiap kemudahan akan datang bersama kesusahan...vice versa...setiap kesusahan datang dengan kemudahan... mari kita beri contoh mudah... cumanya kebahagiaan tidak semestinya dibayar secara cash...boleh juga hutang atau instalment...

kadang2 kalau kita xsanggup bayar harga kebahagiaan itu...boleh ja kalau nak buangkan kebahagiaan itu... misalnya kalau kita xsanggup bayar harga berdepan dengan orang ramai... maka kita xpayahlah buat public speaking... tapi melepaslah kita kebahagiaan merasa confident dan sense of accomplishment...


bila mission accomplished...rasa nak senyum camni kan?



bila xberapa accomplisged...benang jer rasa...


kalau kita kaya...kita serba xkena bila didekati orang...ada persepsi dalam diri mengatakan mereka mahu mendekati kita kerana duit kita harum sedangkan kita berbau petai...
kalau kita cantik(especially perempuan)... ada satu suara yang meragukan dalam diri menyebabkan kita resah sama ada kita dicintai kerana diri kita as a whole atau kerana kecantikan... bila kita popular...kita risau apa akan jadi bila kita sudah tidak popular dan lain2...

tapi adakalanya kita xperlu bayar semua itu dengan harga yang terlalu tinggi...ada ja orang kaya yang hidupnya berkat sebab sentiasa berjariah...so harta sentiasa jalan...amalan pun banyak..ada ja orang cantik yang menemui cinta sejati... dan lain2 lah... depends jugak dengan rezeki masing2 lah... dan xketinggalan how the person lives his/her life...


kadang2 orang itu sangat happy...itu rezeki dari-Nya

bayangkan jika anda jalan2 ke sekolah/tempat kerja/mana2 saja di mukabumi...tiba2 ada seorang yang tidak dikenali memberi anda rm100... xdak pasai pun... adakah anda akan ambil? mengikut paranoid budak darjah satu... mak kata jangan ambil lolipop dari orang yang tidak dikenali... perkara itu relevan sehingga kini...tetapi sebenarnya kalau orang itu memang kaya raya...dy nak bagi seribu pun xda masalah...tapi kita anggap perkara itu xnormal... dan kita mengelaknya...

sebagai satu mekanism mempertahankan diri... tolak saja kebahagiaan itu kerana kadang2 ia akan menuntut bayaran yang lebih tinggi daripada yang sepatutnya...


kadang2 orang memilih untuk menolak kebahagiaan berteman
demi mempertahankan diri daripada dilukai teman

sebab itu kita perlu bijak memilih kebahagiaan jenis apa yang kita mahu...kerana kita perlu juga sanggup membayar harganya... contoh lah...

bila dah jadi makbapak...kalau nak kumpul duit banyak2 kena kerja lah... kena kerja kuat2 maybe dua2 orang sekali... bila dua2 orang kerja kuat2 bersedialah bayar dengan masa bersama anak2...kalau anak2 jenis faham...alhamdulillah... kalau jenis xfaham asyik nak lari dari rumah jer... jangan nak tuding2 jari kat orang lain pulak ea...




haaa kalau nak happy family ramai2 macam ni... kena sanggup bayar
beranak banyak kali...tahan kerenah anak2... dan lain2 yang bukan mudah noh

bila loving couple dengan orang... kena pandai la sikit... kalau nak seronok2 sampai over2 tapi xmo nikah... bersedialah untuk bayar harga baby dalam perut bagi anda yang perempuan dan bersedialah bayar harga dibelasah orang ramai kalau kantoi bagi anda yang lelaki...kalau nak selamat dunia dan akhirat... bayarlah harga menunggu hari pernikahan...anda akan bahagia... dijamin pulak tuh...


hubby: jom nikah
hunny: jom...
~nikah...connecting people~



kalau anda student...pilihlah sama ada nak enjoy pastu bayar dengan huruf C/D atas result exam anda nanti...kalau anda sanggup bersusah payah... pampasannya ialah masa depan yang cerah menanti anda...


cerah sungguh...

anda suka gosip?? memang pun seronok...tapi kalau anda pula yang dibahankan...digosipkan... bagaimana anda gembira begitulah anda akan sengsara...


lagi banyak mulut teman anda gosip...lagi besz... lagi banyak mulut
gosipkan anda...lagi besz la jugakkan??

kalau anda nak jadi hamba yang taat... sediakan istiqamah sebagai bayaran untuk segala ibadah anda... syurga bukan percuma ok... kalau nak masuk neraka... anda xperlu melabur banyak2...enjoylah buat jahat dan anda akan masuk ke situ secara free of charge tapi limited time lah sekiranya anda masih muslim...

bayaran.,... nak masuk tandas pun kena bayar dua puluh sen...kalau xsanggup bayar harga itu... perut xselesa lah dan sangguplah rasa perut yang memulas dan berpusing2 seperti merry go round ketikamana anda berjalan2 di bandar atau mall...

p/s: anda xperlu risau kerana setiap harga kebahagiaan itu most of the time la anda dah setel bayar sebelum anda dapat kebahagiaan tersebut...


see? kalau nak rama2 tu hinggap...kena la bayar dengan sabar




yaa...anda xperlu sempurna untuk bahagia... kerana
ketidaksempurnaanlah kunci kebahagiaan..(uuu yang ni aku reka ja)



aku suka yang ni...

Thanks for reading. Bye ;)

Thursday, July 1, 2010

JOM pakai tudung~~


Assalamualaikum. Hye.

seruan untuk mereka yang berkaitan sahaja.....

onifares kali ini aku respons kepada entri yang berkaitan memakai tudung....

entri ini tidak ditujukan khas kepada sesiapa... sekadar pendapat yang disuarakan secara universal kepada (lelaki dan) perempuan khususnya... entri ini bersifat general dan umum... sesuai untuk semua lapisan masyarakat...

nota : sekadar membicarakan tentang tudung dan aurat secara kecil2an...

anda tahu kan... allah telah berkata dalam surah at-tiin... bahawa manusia itu sebaik2 kejadian... maka tidak timbul pertikaian orang(perempuan) yang xpakai tudung itu tidak baik atau buruk... semua orang baik dan indah... maka yang sebetulnya (dan ini pendapat aku lah) perempuan yang bertudung itu lebih baik... ditegaskan... semua orang xkira la pakai tudung atau tidak...baik jer... cumanya...kalau bertudung lebih baik...

kenapa??? amboi amboi... abis kalau xpakai tudung kurang baik la ea? tipikal betul soalan ni... sentiasa orang argue... kalau pakai tudung xsemestinya baik... ada jer yang pakai tudung tapi couple... ada ja yang pakai tudung tapi mengumpat... ada ja yang pakai tudung tapi curang... lantak lah... yang salah orang tu lah...bukan tudung tu... habis kalau yang pakai tudung dan baik akhlaknya tu apa cerita? yang xpakai tudung pastu jumpa kat kelab hiburan tu apa cerita?? ketahuilah...terimalah hakikat... (perempuan) bertudung memang lebih baik daripada yang tidak... kalau mereka kata... walaupun saya xpakai tudung, saya sentiasa berpuasa, saya bersedekah, saya taat suami... bla3.... oh taat suami ya? habis yang xtaat allah tu apa kes?
http://hatiwanita.files.wordpress.com/2008/12/tudung.jpg

allah perintahkan wanita2 agar menutup aurat...lelaki pun allah suruh...cuma aurat lelaki ni xda masalah sangat... senang nak jaga... pakai seluar pakai tshirt setel lah... yaa perempuan memang diberi tanggungjawab yang berat untuk menutup aurat... diakui memang susah menjaga aurat wanita... tapi kalau perkara itu anda boleh tangani... anda memang wanita solehah lah... sifir mudah---> wanita baik taat perintah allah...menutup aurat perintah allah...kesimpulannya...wanita yang menutup aurat taat perintah allah... sebaliknya... anda tahu lah kan...xtahu? anda patut berasa malu...

malu dan sedih...kerana jika anda tidak menutup aurat...maka anda telah violate kasih sayang anda kepada orang2 yang anda kasihi...wahai perempuan... tahu x betapa bestnya jadi perempuan? yaaa besz gila2 sebab anda xpayah susah2 tanggung dosa... time kecik2 semua dosa ayah tolong tanggungkan... bila dah kawen semua dosa suami tolong tanggungkan... kalau anda tidak menutup aurat...bayangkanlah dosa yang mereka terpaksa tanggung... anda kata anda sayang ayah anda... anda kata anda cintakan suami anda... anda kata anda kasihi anak2 dan saudara lelaki anda... tapi anda bagi mereka dosa anda... tidakkah itu suatu jenis violation? aku xtaw apa terjemahan yang sesuai bagi perkataan itu...

analogi mudah... kalau anda xsolat... anda berdosa...tp kalau anda solat xsempurna...anda tetap dapat ganjaran mengerjakan solat...maybe xla se-besz mereka yag sempurna solat...tapi atleast dapatlah daripada xdapat langsung kan??

sama lah bab pakai tudung ni pun...kalau dah rasa susah sangat nak pakai labuh2...pakai la ikut fesyen yang ada sekarang... tapi perlu diingatkan jugak...kalau anda pakai tudung dengan cara yang x efisien...contohnya pakai selendang tapi xlilit kemas2... selapis jer...nampak abis apa yang ada dalam selendang tu... susahlah jugak.. macam anda solat tapi xbaca alfatihah...rugi jer solat anda...

pakailah bagi kemas...atleast xnampak rambut dan belahan leher baju...jangan pakai macam bienda atau ogy ahmad daud atau siti nurhaliza... kalau xlabuh pun sekurangnya baju anda akan cover dada anda...jangan pakai tudung singkat dan baju leher luas... buat anda nampak tidak bijak...


satu lagi anda....jangan jadi macam artis2... pakai tudung dalam drama/muvi...apa mereka ingat yang suruh menutup aurat itu allah ke direktor? kalau nama xda binti xpa lah... lagi bodohnya pasal artis2 kita buat kenyataan yang kebanyakannya berbunyi seakan-akan

"saya masih belum bersedia"---> nak laksanakan perintah allah pun kena sedia xsedia?? oh selama ni sebelum jadi artis xpernah pergi sekolah kot?

"kalau dipaksa2 tidak ikhlas dan sia2"---> ketahuilah...lebih sia2 kalau xbertudung...kalau pakai xikhlas...sekurang2nya xdapat dosa...kalau xpakai langsung...dapat dosa...statement ini lebih bodoh daripada statement pertama...

kan nampak elok jer kalau pakai tudung? tell me..huduh ke kalau dy pakai tudung?


kelebihan bertudung bukanlah anda dapat jimatkan make up...tapi anda dapat jimatkan dosa anda... bahkan kalau anda perasan... hijab sebenarnya menutup kecantikan... orang lelaki xbanyak kecantikan...sebab tu tutup sikit ja...rambut lelaki xcantik... rambut perempuan cantik sebab tu kena tutup... dan seluruh badan perempuan itu cantik sebab tu kena tutup... barulah nampak decent...nampak ada something nice...ada nur... biarlah dunia xnampak anda cantik...asalkan allah nampak anda cantik... lagipun... pakai tudung cantik lah...apa yang xcantik?

ada orang kata..."alah kalau pakai labuh2 pun lelaki boleh imagine..." memanglah...lelaki ada 9 akal...imaginasi tinggi lah...sebab tu pakai tutup elok2... atleast lelaki akan terbayang2 ja macam mana la rambutnya... fikirlah...kalau anda xpakai tudung...anda dah jimatkan sel otak lelaki untuk imagine tempat lain pulak... dan lebih kronik kalau anda pakai seluar yang mencanang saiz anda punya ahh-aku-xmola-sebut-benda alah-tu...baju lengan pendek... dan lain2 yang anda lebih tahu...

oleh itu... kalau anda masih terfikir2 nak pakai tudung ke x? oh come on lah... baik tanya diri anda "nak dapat dosa banyak2 ke x??"... aurat ni melibatkan orang di sekeliling anda... kalau anda memang jenis duduk di rumah xkeluar2 xpa lah... masalahnya anda2 akan berinteraksi dengan orang ramai... orang nampak aurat anda... dan itu merupakan suatu bentuk kesalahan... mungkin ada yang sanggup berkata "xpa...allah maha pengampun.." memanglah... jangan lupa noh... allah cipta syurga... neraka pun ada gak... peristiwa israk mikraj xpernah dengar ke? tanya ustazah berdekatan...

xkan anda xmahu bersama suami anda di syurga nanti? senang gilo kalau orang perempuan nak masuk syurga....4 syarat jer... solat...puasa... taat suami... jaga kehormatan... yaaa jaga kehormatan...kalau tudung pun xpakai...aurat xtutup... kehormatan apakah yang anda jaga? xmo masuk syurga ke???

kasihanilah suami anda...saudara lelaki anda... ayah anda.. dan anak lelaki anda...anda melahirkan mereka dengan susah payah... xkan anda nak mereka tanggung dosa anda xtutup aurat tu??

aurat lelaki memang senang dijaga... sebab tu aku sangat pelik dan sedih dengan pemain2 sukan yang ada bin tapi main pakai seluar pendek.... orang2 lelaki yang xtutup aurat sebab nak ikut fesyen... dan lain2 yang seumpama... memang xreti jaga maruah betul...

http://sarahmalek.com/wp-content/uploads/2007/09/tudung-sept-07-065.jpg
ni la tudung...kot2 xkenal...

xkesahlah kalau xsempurna...yang penting ada attempt untuk menutup aurat... istiqamahlah dengan tudung tu... sekurang2nya kain sehelai tu dapat melepaskan anda dari api neraka di akhirat nanti walaupun kalau kena api di dunia pun ia akan hangus menjadi abu...kan magic tuu? anda xperlu tunggu mimpi untuk bertudung... xdanya nak tunggu2 seru... semuanya tu atas kesedaran diri sendiri... kalau nak tunggu seru jugak...maybe kalau dari stage tudung bawal nak ke tudung labuh...ok la jugak alasan tunggu sampai seru... kalau yang masih belum bertudung... pakailah kerana allah...kalau nak kasar sikit...pakailah tudung dan sedarlah diri cepat2 sebelum menyesal...

p/s : pakailah tudung.... anda mampu mengubahnya...

Thanks for reading. Bye ;)