Pemollow

THYB on Facebook

Sunday, July 18, 2010

kalau nak... bayarlah~


Assalamualaikum. Hye.

bayaran... nak masuk tandas awam pun kena bayar dua puluh sen.....

kalau tandas ada muka camni anda sanggup bayar x?

dunia hari ini memang mahal... no money no talk gitu.... tapi adakah ada duit itu (atau kekayaan lah) akan menjamin kebahagiaan? jawapan aku ialah yak (antara ya dan tidak) tapi lebih menjurus kepada ya.... walaupun kadang2 bayaran tidak semestinya dibuat menggunakan wang ringgit malaysia atau rupiah... ia tetap dibuat menggunakan kaedah lain... yang penting semua kena bayar... kalau xbayar guna duit... so--->

bayar dengan tulang retak/patah/hancur terus
bayar dengan darah
bayar dengan nyawa sendiri
bayar dengan nyawa orang lain

oh oh... ya itu kalau anda nak bayar hutang kepada along yang otai2 lah... setakat pinjam kat kawan2 yang bukan setakat sebulu malah boleh dibuat kaunselor persendirian tak berbayar... mungkin anda perlu puji2 sikit ja dan semua bayaran dikira setel...
http://jensonlim.files.wordpress.com/2009/09/ist2_7036422-free-price-tag.jpg

sekarang ini...perkara di atas hampir pupus


kebahagiaan pun ada harganya... kalau anda xmahu bayar harga yang setimpal... maka lebih baik anda tidak mendapat kebahagiaan itu... walau apa pun yang terjadi... setiap kemudahan akan datang bersama kesusahan...vice versa...setiap kesusahan datang dengan kemudahan... mari kita beri contoh mudah... cumanya kebahagiaan tidak semestinya dibayar secara cash...boleh juga hutang atau instalment...

kadang2 kalau kita xsanggup bayar harga kebahagiaan itu...boleh ja kalau nak buangkan kebahagiaan itu... misalnya kalau kita xsanggup bayar harga berdepan dengan orang ramai... maka kita xpayahlah buat public speaking... tapi melepaslah kita kebahagiaan merasa confident dan sense of accomplishment...


bila mission accomplished...rasa nak senyum camni kan?



bila xberapa accomplisged...benang jer rasa...


kalau kita kaya...kita serba xkena bila didekati orang...ada persepsi dalam diri mengatakan mereka mahu mendekati kita kerana duit kita harum sedangkan kita berbau petai...
kalau kita cantik(especially perempuan)... ada satu suara yang meragukan dalam diri menyebabkan kita resah sama ada kita dicintai kerana diri kita as a whole atau kerana kecantikan... bila kita popular...kita risau apa akan jadi bila kita sudah tidak popular dan lain2...

tapi adakalanya kita xperlu bayar semua itu dengan harga yang terlalu tinggi...ada ja orang kaya yang hidupnya berkat sebab sentiasa berjariah...so harta sentiasa jalan...amalan pun banyak..ada ja orang cantik yang menemui cinta sejati... dan lain2 lah... depends jugak dengan rezeki masing2 lah... dan xketinggalan how the person lives his/her life...


kadang2 orang itu sangat happy...itu rezeki dari-Nya

bayangkan jika anda jalan2 ke sekolah/tempat kerja/mana2 saja di mukabumi...tiba2 ada seorang yang tidak dikenali memberi anda rm100... xdak pasai pun... adakah anda akan ambil? mengikut paranoid budak darjah satu... mak kata jangan ambil lolipop dari orang yang tidak dikenali... perkara itu relevan sehingga kini...tetapi sebenarnya kalau orang itu memang kaya raya...dy nak bagi seribu pun xda masalah...tapi kita anggap perkara itu xnormal... dan kita mengelaknya...

sebagai satu mekanism mempertahankan diri... tolak saja kebahagiaan itu kerana kadang2 ia akan menuntut bayaran yang lebih tinggi daripada yang sepatutnya...


kadang2 orang memilih untuk menolak kebahagiaan berteman
demi mempertahankan diri daripada dilukai teman

sebab itu kita perlu bijak memilih kebahagiaan jenis apa yang kita mahu...kerana kita perlu juga sanggup membayar harganya... contoh lah...

bila dah jadi makbapak...kalau nak kumpul duit banyak2 kena kerja lah... kena kerja kuat2 maybe dua2 orang sekali... bila dua2 orang kerja kuat2 bersedialah bayar dengan masa bersama anak2...kalau anak2 jenis faham...alhamdulillah... kalau jenis xfaham asyik nak lari dari rumah jer... jangan nak tuding2 jari kat orang lain pulak ea...




haaa kalau nak happy family ramai2 macam ni... kena sanggup bayar
beranak banyak kali...tahan kerenah anak2... dan lain2 yang bukan mudah noh

bila loving couple dengan orang... kena pandai la sikit... kalau nak seronok2 sampai over2 tapi xmo nikah... bersedialah untuk bayar harga baby dalam perut bagi anda yang perempuan dan bersedialah bayar harga dibelasah orang ramai kalau kantoi bagi anda yang lelaki...kalau nak selamat dunia dan akhirat... bayarlah harga menunggu hari pernikahan...anda akan bahagia... dijamin pulak tuh...


hubby: jom nikah
hunny: jom...
~nikah...connecting people~



kalau anda student...pilihlah sama ada nak enjoy pastu bayar dengan huruf C/D atas result exam anda nanti...kalau anda sanggup bersusah payah... pampasannya ialah masa depan yang cerah menanti anda...


cerah sungguh...

anda suka gosip?? memang pun seronok...tapi kalau anda pula yang dibahankan...digosipkan... bagaimana anda gembira begitulah anda akan sengsara...


lagi banyak mulut teman anda gosip...lagi besz... lagi banyak mulut
gosipkan anda...lagi besz la jugakkan??

kalau anda nak jadi hamba yang taat... sediakan istiqamah sebagai bayaran untuk segala ibadah anda... syurga bukan percuma ok... kalau nak masuk neraka... anda xperlu melabur banyak2...enjoylah buat jahat dan anda akan masuk ke situ secara free of charge tapi limited time lah sekiranya anda masih muslim...

bayaran.,... nak masuk tandas pun kena bayar dua puluh sen...kalau xsanggup bayar harga itu... perut xselesa lah dan sangguplah rasa perut yang memulas dan berpusing2 seperti merry go round ketikamana anda berjalan2 di bandar atau mall...

p/s: anda xperlu risau kerana setiap harga kebahagiaan itu most of the time la anda dah setel bayar sebelum anda dapat kebahagiaan tersebut...


see? kalau nak rama2 tu hinggap...kena la bayar dengan sabar




yaa...anda xperlu sempurna untuk bahagia... kerana
ketidaksempurnaanlah kunci kebahagiaan..(uuu yang ni aku reka ja)



aku suka yang ni...

Thanks for reading. Bye ;)

10 comments:

yui92 said...

kalau nak segala benda besz blogger boleh dpat mcm entry sblom ni... ada la harganya...eheh

Kayun said...

saya suka gosip..ngee..tp la ni dok thn diri dr mendengar dah..kena berubah dah seiring usia..

narusake fath said...

nikah connecting people 2 xleh thn...haha...nokia ek??

yui92 said...

@kayun ::: eheheh.... bagus2... gosip mmg besz la tapi kan?

yui92 said...

@narusake ::: yup mmg pun... ehehe ide dicilok dari button yg org dok letak kat beg tuu... pnah tgk kat skolah

teddyuna said...

100% tepat .. wah2.. ni boleh gnti dr fadzilah kamsah ni..=)

yui92 said...

@teddyuna ::: ahaha... jauh lg kot

yui92 said...

nak ngetest


lalala

Fakhrur Razi said...

hohoh kau bole jdik penceramah yg hebat nih =D
kalau ak org ksik RM100 mngkin ak amik kot
tapi ksik baki kt der RM50
mak ak dlu ckp jgn mntk lebih2 xD

yui92 said...

@fakhrur razi ::: ahaha xjadi dah kot...
bgus2 dgr nasihat mak