Keep calm and click click

Sesedapedia

Loading...

Saturday, July 19, 2014

Bila cina kutuk melayu


Assalamualaikum... Bismillahirrahmanirrahim

Ada cina kutuk Melayu dan Islam di Fb, lepas tu ada pulak yang suruh masyarakat react macam time Kiki Lala minah gengster steering wheel tu.

Apalah punya bangang.

Dah tahu (that particular) cina tu rasis bodoh, hina bangsa dan agama lain, yang pergi ajak orang ramai mengutuk dia balik tu dah kenapa? Nak ikut jadi bodoh sekali?

Kiki Lala mengamuk, orang marah. Bagus lah. Dia tu muslimah, pakai tudung, bawak imej Islam. Dah meroyan tengah2 jalan tu layak la orang marah.

Ni cina rasis buat status facebook yang pakat2 nak terasa juboq tu dah kenapa? Lantak dia lah. Tak terjentik pun arasy tu kalau ada makhluk yang hina Islam, hina tuhan.

Tahu tuhan murka benda apa? Tu, minah2 tak tutup aurat, jantan2 bawak gf naik motor ke sana ke sini, arak judi apa semua tu. Haa yang tu baru tuhan marah.

Kesah apa non muslim nak cakap tak elok pasal Islam dah muslim pun bukan tunjuk perangai elok sangat. Lagipun dah dia tu non muslim, nak expect apa?


Dan lagi satu, tak payah nak defensive sangat kalau orang cakap2 pasal agama kita. Kita pun bukan hari2 puji agama orang.

Kalau nak jadi keybod warrior sangat, jadi sorang2. Ni siap buat gambar lah apa nak reveal konon orang yang mengutuk Islam bagai. Pastu ajak orang ramai2 kutuk dan marah. Ni dakwah jenis apa ni? If it's a dakwah at all lah kan. Aku nampak macam hasutan ja. Layak didakwa di bawah akta hasutan ni.

Kesedaran lah sangat. Sensitiviti lah sangat. Kalau dah melatah serupa mak nenek, memanglah orang suka cucuk. Ngok.

Orang bersusah payah nak spread love and truth, benda2 hatred ni jugak yang orang dok suka propagate. Tah apa2 betul lah.


oktengsbai

Terima kasihlah sudi baca. Silalah LIKE sekali ;P

Sunday, July 13, 2014

Do your part, big or small.


Assalamualaikum... Bismillahirrahmanirrahim

Di Facebook sedang kebanjiran dengan post2 Palestin. Kesedaran yang malap2 dah menyala semula. Sebenarnya bila ja Palestin tu tak kena serang. Dari dulu kot. Tapi sebab lately serangan menjadi2, sampai budak2 pun pakat mati, maka sebab itu kot isu ni hangat semula. Which is good, by the way.

Kita aman damai. Dengar bunyi gelas pecah pun boleh sakit jantung. Bayangkanlah bunyi bom. Tapi itulah yang menjadikan kita hari ini. Apa yang kita tengok hari ini, apa yang kita buat, itulah kita.

Bila ada isu besar, akan ada isu kecil. Isu2 kecil ni, bagaimanapun memberi kesan lebih berpanjangan dari isu besar. Orang share gambar mangsa kekejaman Israel di Facebook. Lepas tu sambung komen2 wall kawan2. Tengok movie, dan sebagainya.

Tapi, kalau terlekat di "isu kecil" contohnya McD, kita boleh tengok debat itu berpanjangan. Itu kira remeh lah. McD ja pun. Kalut sungguh pasal McD. Kalau dah nak makan, makan lah. Kalau nak join boikot, boikot lah. Orang yang boikot tak payah rasa lagi mulia daripada orang yang tak boikot. Orang yang tak boikot tak payah nak pandang serong kepada orang yang boikot. Hidup ni bukan susah pun.

Lepas tu ada pula isu jihad dari "ustaz itu". Yang ni kira besar sikit. Bila melibatkan kalimah2 Islamik, automatik perkara itu "besar" di sisi penduduk Malaysia terutamanya yang memang dahagakan isu. Hahaha.

Ulama tanah air dah ulas. Pergi cari baca. Bukan nak bias tapi kalau dah ustaz itu bagi pendapat macam bodoh (tak ada jihad, rakyat Palestin perlu berhijrah, boikot tak berhasil etc) maka layaklah dia dibenci tak kiralah janggut kau panjang sampai lantai pun.

Sebabnya, metafora hijrah Rasulullah tak sama langsung dengan Palestin hari ini. Hijrah nabi itu, nabi dijemput penduduk Madinah. Nabi dijadikan pemimpin. 

Siapa jemput rakyat Palestin mana ke negeri dia? Siapa nak angkat orang Palestin jadi pemimpin dia? Dunia hari ni dah sempit. Tanah sendiri, diri sendiri nak duduk pun tak cukup. Nak ajak orang Palestin tumpang sama? Pemimpin gila kuasa macam firaun, nak panggil orang Palestin jadi pemimpin dia?

Come on lah ustaz tersebut. Hijrah apa yang kau cuba nak cerita? Nak atur strategi apa? Nak kukuhkan akidah apa lagi? Kalau orang Palestin tu akidah tak cukup mantap, aku rasa orang Malaysia ni semua ahli neraka agaknya. Mana taknya, tutup aurat pun tak buat. Choi, lepas tu siap ada kawan ustaz itu bela dia pulak lagi. Lawak kartun betul lah.

Isu yang lebih bersifat discussion, oleh golongan2 cerdik pandai cendekiawan bijaksana alim ulama pembaca buku2 falsafah penggiat forum dan sebagainya, lebih nak cerita bab sejarah dan demografi. Last2 berbalah pasal istilah. Mereka ini, lagi banyak membaca lagi jadi pening. Kahkah. Walaupun sejujurnya aku jeles dengan tahap "ketinggian ilmu" mereka ini, tapi fikir2 semula, lebih baiklah jadi bodoh dari serba tahu tapi tak ada fungsi. 

Let's go global. Palestin dan Israel, isu dah lama. Isu kuah kari roti canai mamak. Kuah semalam perhangat hari ni. Makin sedap.

Kita bleh tengok orang share pasal kempen boikot dan demonstrasi aman oleh rakyat dari negara yang kalau disebutkan namanya kita tak terbayangkan muslim secara langsung. Pelik juga negara "Islam" yang besar2 kaya raya pergi mana habis? Mati?

Saudi misalnya. Aku malas nak cakap banyak takut nanti salah pula. Tak cukup infolah katakan. Aku kan malas membaca tak macam golongan cerdik pandai tu semua. Tapi negara arab keliling Palestin tu buat apa benda pun tak tahu lah.

And now we go back the the bottom, to us. Kita sendiri, apa yang kita buat? Buat lah apa pun. Kecik atau besar, memberi impak atau tidak, kesahkan semua tu. Senyap2 kita usahakan apa yang kita percaya.

Tak kiralah kita nak timbulkan kesedaran melalui share gambar mayat orang kena bom, atau nak cakap pasal McD, atau nak bagi fatwa jihad, atau nak sembang topik secara intelektual, apa saja. Lakukanlah. Selagi mana dirasa betul, betul lah itu.

Atau tulis blog picisan, atau main Dota, atau just doa sambil2 berbuka puasa.

oktengsbai

Terima kasihlah sudi baca. Silalah LIKE sekali ;P

Wednesday, July 9, 2014

Laporan Kajian (yang tak berapa nak) Ilmiah Bersempena Ramadan yui92


Assalamualaikum... Bismillahirrahmanirrahim

AMARAN : Kajian ini sama sekali tiada kaitan dengan puasa, fadilat puasa, sejarah puasa, perkara2 yang berlaku di dalam bulan Ramadan sepanjang lipatan sejarah, atau apa2 saja yang berkenaan apabila "kajian" dan "Ramadan" berada dalam satu ayat.



Tempat : Pizza King, Abbasiah, Cairo, Egypt.
Masa : Waktu berbuka puasa.
Manusia tambahan yang terlibat sebagai penyeri kajian : Zulkarnain, Abu Hanifah, Hafizi, Fahim Asmawi, Hidayat, Adham
Apparatus : Sony WALKMAN mp4 player NWZ-E464 (Momo, yang dibeli oleh kawanku Yat bertempat di kedai Low Yatt)
Material : Random people making random noises

Sejarah kajian :

yui92 sejak sekian lama menggunakan Momo sebagai anti-bullshit force field. Terbukti berkesan menghalang bunyi2 asing yang tah apa2 dari masuk ke dalam telinga lalu ditafsir otak menjadi agen penyerabut otak.


Kadar volume yang digunakan ialah seperti berikut,

Most of the time : 11. Cukup efektif sebagai noise cancelling dan tak dengar bunyi orang tekan loceng rumah* bila tetamu datang bertandang sama ada dengan jemputan atau tidak.
Malam semasa orang masih berjaga : 11
Malam ketika orang tidur dan hanya ada bunyi kipas : 10
Malam ketika sebelum tidur** : 4-6
Ketika berjalan2 ke kedai : 11
Ketika naik kenderaan awam seperti tramco dan teksi : 12-13
Ketika masak di dapur sambil guna external speaker yang agak kurang power*** : 14

*Inb4 "maafkan saya ahli beit"
**Inb4 "jangan dengar lagu sebelum tidur nanti tidur dengan syaitonirrojim etc etc
***Inb4 "jangan masak sambil dengar lagu nanti masakan jadi tak berkat etc etc



Tujuan kajian :

Mengetahui berapakah volume yang diperlukan untuk menghalang bunyi bising manusia di Pizza King dari menerobos telinga.



Proses kajian :

Pembising umum : Orang ramai (negligible)

Pembising khas : Sekumpulan gadis2 remaja baru habis exam (agaknyalah) yang datang ke kedai makan dengan penuh keceriaan dan keseronokan mahu berbuka puasa.

Teknik dan kaedah kajian : Volume diselaraskan kepada 11 (nilai biasa), dan ditambah 1 setiap kali masih terdengar suara2 mengilai dan hilai tawa pembising2 khas.

Volume ketika bunyi2 asing dapat dihalang masuk ke telinga dicatat.

Had volume ialah apabila terlalu kuat sehingga menyebabkan telinga pengkaji tidak selesa. Kajian akan terhenti di situ even masih ada bunyi2 yang mampu menembusi jaringan anti-bullshit force field.



Dapatan kajian :

Volume yang diperlukan ialah 17.

17. Tujuh belas.



Ulasan kajian (Personal rant starts here. Screw the kajian and whatnot) :

Aku selama ni kalau dengar lagu pakai mp4 player tu, volume tak sampai 15 pun. Dua sebab. Satunya sebab aku berpegang kepada kepercayaan bahawa kalau pasang kuat2 sangat nanti speaker/sound dia rosak. Atau earphone tu sendiri rosak. Aku pun tak pasti betul kah atau tidak. Kajian lain diperlukan, mungkin.

Sebab kedua ialah, bila volume 15 pun aku dah jadi pening kepala. Sesuai jika tengah nak feeling2 lebih dengar lagu baru/sedap layan sorang2 sambil kepala berpusing2 secara tidak ketara. Dan serius, telinga aku tak selesa degar kuat2 sangat. Pernah jugak aku try max volume just nak tengok kuat mana sangat player ni boleh pergi. Ended up less than 5 seconds. Aku turn down dengan sebab pertama dan kedua serentak.

And fyi, volume 17 tu pun sebenarnya masih lagi kedengaran kukikuki kukak kukak huaaahuaaa hiaaa bunyi ketawa pembising2. Masih kedengaran. Aku stop sebab tak tahan. Lagipun test lagu Chandelier (by Sia) maka aku tak mahu telinga aku rosak so aku abort mission. 

Sudahnya bear with it saja bising pun bisinglah. Negara dia kan so tak apalah dia nak bising pun. Hak dia nak bergembira dan menggunakan nikmat tekak semaksima mungkin.

Seingat2 aku, masa rumah aku tengah ada construction, aku pernah dengar sampai volume 15. Dan rasanya volume 15 tu cukup untuk memblock most of the construction sound. Adalah sipi2 kedengaran. Sikit2 tu kira halal lah kan. Tapi kali ini punya challenge, volume 17 pun tak cukup oi. Mampoih gak la.



Kesimpulan kajian (Personal rant ends here, get back to kajian) :

GADIS REMAJA PRA MATANG (NOT A GIRL NOT YET A WOMAN) JIKA DUDUK BERSAMA SPESIS MEREKA MAKA BUNYINYA LEBIH KUAT DARIPAPA KERJA PEMBINAAN.

This is a legit investigation. No bullshits here. Please believe me.

Extra : I bought me a cute cup with a lid so I can make some infusions now boleh diminum ketika sahur. Inb4 aku beli cawan tu sebab ada lid gambar beruang. Walaupun corak akan terbasuh suatu hari nanti tak apalah janji ada jawan bertutup.

Sekian, terima kasih.

Terima kasihlah sudi baca. Silalah LIKE sekali ;P

Sunday, June 29, 2014

Diari Ramadan yui92


Assalamualaikum... Bismillahirrahmanirrahim

Itu sebenarnya nama folder khas yang aku buat untuk memuatkan cerita2 dan movie2 dan siri2 yang aku nak tonton sepanjang cuti. Bertepatan dengan bulan puasa yang letih nak buat aktiviti berbentuk fizikal maka aku akan duduk depan laptop sahaja.

Ada beberapa cerita dan siri termasuklah Running Man yang aku dah tinggal sejak episod 180. Antara cerita yang telah aku tonton sebelum Ramadan menjelang lagi ialah My Wife Is A Gengster 3, The Insidious, dan The Insidious 2nd Chapter.


Inb4 orang mahu penuhkan bulan puasa dengan amal ibadat. Benda itu tak payah cerita. Dan bolehlah jadi realistik sekarang. Mungkin ada manusia yang mampu tapi aku agak kurang mampu melawan nafsu. Haha.

Tahun ini aku bakal beraya di perantauan. Maka sebulan penuh puasaku akan di Mesir ini. Sebelum2 ni sempat berpuasa 2 minggu lebih di Malaysia. Di rumah aku Streamyx laju. Di sini TEdata selalu habis limit sebelum hujung bulan dan mengguna broadband equals to mencarut.

Sungguh inilah cabaran terbesar Ramadan aku tahun ini. Bagaimana mahu aku jaga pahala puasa agar tak berkurang dengan carutan terhadap Mobinil dan Vodafone. Sumpah mustahil. Kahkahkah. 

Tapi tak apalah. Momo dan Popo bakal temankan aku sepanjang bulan. Terima kasih Momo dan Popo.

Selamat menyambut Ramadan. Tuhan benarkan aku berterawih malam pertama Ramadan. Semoga tuhan benarkan aku berpuasa penuh dan berterawih penuh juga. Semoga tuhan berikan aku kuat untuk menambah apa yang kurang. 

Dan yang paling penting, semoga tuhan beri kekuatan SUPER EXTRA agar tertahan mulutku dari mencarut2 bila broadband slow dan tak stabil. Huehue.

Sebenarnya yang lebih penting ialah kemerdekaan penuh... iykwim =p


 oktengsbai

Terima kasihlah sudi baca. Silalah LIKE sekali ;P

Thursday, June 12, 2014

Siapa menang?


Assalamualaikum... Bismillahirrahmanirrahim

Haiwan2 di Malaysia berkumpul dan bercerita suka duka kehidupan masing2. Jangankan pernah sebelum ini seekor pun bertanya akan kenapa seekor yang lain itu, begitu.

Tetapi hari ini, mereka mahu tahu.

Kucing dan anjing rutin bersama manusia tidak banyak bersuara.

Burung bertanya kepada tidak boleh ia berenang sebebas ikan di dalam air. Ikan pula mahu berterbang bebas di udara. Sudahnya, burung dan ikan rasa tuhan lagi sayangkan katak, kerana walaupun tidak katak itu berkepak, sekurangnya ia boleh meneroka dua dunia.

Lalu katak berkata, apa manusia menandang kita sama? Ikan disuka, burung disuka. Disimpan dijaga, disayang dibela. Katak, mana ada manusia yang suka.

Panda muncul. Semua haiwan terasa aneh. Bukankah kau cuma ada di China? Panda ketawa. Aku sekarang berjelajah dunia. Sekarang di Malaysia. Bukan setakat disuka bahkan aku dipuja. Disanjung dikagum dibayar berjuta.

Srottt.. srottt... kedengaran suatu bunyi.

Alangkah binatangnya kamu semua. Dalam kalangan haiwan, akulah yang terutama. Semua haiwan ternganga. Mereka berpaling melihat siapa yang berkata. Lagi luas menganga bila melihat babi rupanya.

Babi pun berhujah. Asal ada aku, semua benda jadi sensasi. Akulah meter iman manusia tambah2 lagi di bumi Malaysia ini. Benci mereka pada aku bukti mereka ambil berat sebenarnya.

Panda, kau rasa kau sensasi? Mungkin seminggu dua kau didewa2. Lepas tu DNA aku muncul dalam coklat Cadbury, ada kau dengar lagi cerita pasal kau? Kahkahkah.

Bukan setakat rakyat Malaysia. Ulama seluruh dunia pun bercakap pasal aku. Lepas tu ustaz2 di Malaysia ini ada yang hampir berbalah demi aku. Di Facebook pulak tu. Siapa? Aku. AKU!!!

Semua binatang terdiam. Burung tidak mahu berenang lagi. Ikan tidak mahu terbang lagi. Katak tidak mahu menjadi haiwan kesayangan manusia lagi. Kucing dan anjing balik ke rumah masing2. Panda masih belum bercadang pulang ke China.

Sroottt... srott... 

Dan babi pun menyorakkan kemenangannya.

oktengsbai

Terima kasihlah sudi baca. Silalah LIKE sekali ;P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...